Zurinah Sasterawan Wanita Pertama Negara

102
0
SHARE

Oleh: Faizal Riduan

KUALA LUMPUR: Dato’ Dr Zurinah Hassan diumumkan sebagai Sasterawan Negara Ke-13 sekaligus menjadi sasterawan wanita pertama negara sejak pertama kali diperkenalkan 1981.

Zurinah yang mula menulis seawal 1963 di Radio Malaya iaitu ketika berusia 14 tahun sehingga kini telah menghasilkan sebuah novel, sebuah kumpulan puisi, dua kumpulan cerpen dan lapan kumpulan puisi serta enam buku kajian, esei dan kritikan.

Penganugerahan tertinggi negara itu melayakkan Zurinah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM60,000 dan geran penerbitan sebanyak 50,000 naskhah atau nilai harga buki berjumlah maksimum RM500,000.

Anak kelahiran Bakar Bata, Alor Setar, Kedah itu juga adalah penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara 2004,  Hadiah Sastera Perdana Malaysia sebanyak 11 kali dan Hadiah Sastera Utusan sebanyak tiga kali.

Anugerah Sasterawan Negara adalah anugerah tidak berkala yang diberikan berdasarkan merit kelayakan yang tinggi dengan penerima sebelumnya ialah Dato’ Baharuddin Zainal (Baha Zain) pada 2012.