Zikir Perdana Bakal ‘Live’ Di MySuara

960
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Mysuara bakal membawa secara langsung kepada penonton program Zikir Perdana yang diadakan di Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya, Sabtu ini melalui laman www.youtube.com/user/mysuaratv dan www.mysuara.tv/livestream serta www.mysuarafm.com

Pada program itu, kira-kira 300 ulama dan tokoh agama dari dalam dan luar negara dijangka hadir dan bakal mengumpulkan lebih 30,000 hadirin.

Sekurang-kurangnya 30 ulama besar termasuk dari Makkah, Turki, Syria, Indonesia, Pakistan, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mengesahkan untuk hadir.

Majlis zikir bertemakan “Selamat Datang ke Taman Syurga di Dunia” itu dianjurkan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA).

Majlis Zikir Perdana itu akan bermula jam 5 petang hingga 10 malam dimulakan dengan perarakan ulama dan tokoh agama dari dalam dan luar negara.