Zeti Tak Letak Jawatan Atau Diserang Sakit Jantung – Bank Negara

625
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan khabar angin yang tersebar menerusi media tempatan dan pasaran kewangan bahawa Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah meletak jawatan.

Apabila diminta memberi komen berhubung perkara itu, jurucakap bank pusat itu berkata: “Ia tidak benar,” lapor Reuters.

Ketika dihubungi The Star, jurucakap BNM juga menafikan Zeti, 67 diserang sakit jantung.

“Beliau sihat dan menjalankan tugas seperti biasa,” tambah jurucakap itu lagi.