Zeti Beri Jaminan Bank Negara Akan Kekal Bebas

90
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus menikmati kebebasan selepas gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bersara.

Jaminan ini diberikan oleh Zeti sendiri bagi menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh ahli ekonomi dan penganalisis mengenai kebebasan bank pusat itu selepas beliau dijadualkan berundur pada bulan April depan.

“BNM mempunyai kekuatan institusi dan daya tahan, yang diasaskan mengikut undang-undang yang memberikan kami kuasa yang luas dan kebebasan. Dengan itu, kami akan pastikan kebertanggungjawaban,” katanya.

Zeti menjangkakan kebebasan Bank Negara akan berterusan selepas persaraan beliau pada 30 April.

“BNM telah menikmati (kebebasan) dan mempunyai rekod prestasi yang positif,” katanya ketika ditemui di Sajana Kijang pagi ini.

Beliau juga memberi jaminan bahawa BNM tidak akan diterajui oleh mana-mana ahli politik selepas dirinya berundur.

“Malah institusi kewangan juga tidak mempunyai ahli politik sebagai ahli lembaga pengarah, (ini) lebih-lebih lagi bagi bank pusat,” katanya ketika ditanya sama ada gabenor baru terdiri daripada seorang ahli politik. – MK

SHARE
Previous articleMayat Empat Remaja Hilang Ditemui Dalam Sungai
Next articleSultan Sharafuddin Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-240