Zaid Gesa Pembangkang, Penentang Najib Bersatu

107
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menggesa pembangkang dan penentang dalam Umno supaya bersatu dan menghadapi musuh bersama mereka iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Sangat sedikit yang kita boleh buat tentang Najib dan Apandi sekarang, kecuali jika menang pilihan raya akan datang. Tetapi inilah di mana bermulanya rasa kecewa saya.

“Kenapa tak boleh pembangkang dan penentang Umno duduk bersama dan bersatu untuk hadapi Najib dan Apandi sementara menunggu pilihan raya akan datang?

“Apa yang kita perlukan sekarang adalah gabungan pemimpin negara yang berkongsi pandangan bahawa Najib adalah barah yang mesti dibuang,” tulis beliau dalam blognya hari ini.

Bekas menteri itu berkata sidang kepimpinan perlu diadakan untuk membentuk penubuhan sebuah majlis perpaduan nasional bagi menyelamatkan negara ini. – MK