Zahid Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Negara AS

12
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Ketika kunjungan hormat itu Timbalan Perdana Menteri dan Tillerson berbincang dan bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan AS serta isu-isu serantau.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ia adalah lawatan pertama Tillerson ke negara ini sejak dilantik sebagai Setiausaha Negara di bawah pentadbiran Presiden AS, Donald Trump sejak 1 Februari lalu.

Malam tadi Tillerson mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.