Zahid Temui Kepimpinan UMNO Kedah

135
0
SHARE

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid mengadakan pertemuan bersama kepimpinan Umno bahagian Kedah, pagi Sabtu.

Perjumpaan itu turut dihadiri Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan, selain ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut memaparkan beberapa gambar berkaitan pertemuan yang diadakan dikediaman rasminya, Sri Mentaloon di laman sosial, Facebook.

“Demi muafakat dalam kekekuargaan parti, Umno terus bersatu. Sri Mentaloon menjadi saksi,” demikian kenyataan pada laman media sosial itu.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno bahagian Terengganu.