YAPEIM Buat Pembaharuan

150
0
SHARE

Oleh: Shaiful Nizam

KUALA LUMPUR: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan melaksanakan penambahbaikan berterusan berikutan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Njaib Tun Razak untuk pembetukan satu pasukan khas agensi-agensi agama yang diketuai oleh Timbalan Mneteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Terdahulu Dr Asyraf di dalam perbahasan pergulungannya di Dewan Rakyat pada 17 November lalu menyatakan kesediaan kerajaan untuk menambahbaik tadbir urus semua agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) termasuk YaPEIM.
Dalam satu kenyataan semalam, YaPEIM mengumumkan Presiden dan Timbalan Presiden telah meletakkan semua jawatan di dalam anak-anak syarikat YaPEIM termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn Bhd, Ismail Mat Nasib yang berkuatkuasa 1 Disember 2015.
Oleh yang demikian, Presiden dan Timbalan Presiden YaPEIM boleh terus menumpukan perhatian sepenuhnya kepada urusan tadbir urus YaPEIM yang kini menjadi serangan pembangkang.