Wanita UMNO ‘Gelombang’ Harung Fitnah – Shahrizat

10
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita UMNO menerusi Jalinan Rakyat Plus (JRPlus) diberi amanah meneraju jentera bersepadu pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14).

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata ia membawa petanda Wanita bukan umpama buih di lautan, sebaliknya bergabung menjadi gelombang yang menggunung dan mengharung fitnah demi negara yang tertegak gagah.

Katanya, harapan disandarkan kepada pihaknya akan dipikul dengan penuh kesungguhan.