Wanita Terkejut Dikenakan Bayaran Parkir RM 12,177

335
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan rakannya terkejut apabila melihat jumlah bayaran letak kenderaan mereka jauh lebih tinggi daripada kebiasaan. Kejadian yang berlaku di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur ini begitu mengejutkan mangsa kerana cas yang dikenakan jelas tidak masuk akal.

Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Datin Ira Ghani, cas RM 12,177 yang tertera di mesin bayaran parkir automatik itu bersamaan dengan cas selama 408 hari walhal mereka hanya mengambil masa hanya 4 jam sahaja di lokasi berkenaan.

Beliau mendakwa pada hari berkenaan beliau pergi ke pusat membeli belah berkenaan bersama seorang rakan beliau bagi meraikan majlis hari jadi di situ dan perkara ini terjadi sebaik sahaja rakannya pergi mahu membayar cas parkir kawasan berkenaan.

Terkejut dengan kejadian itu beliau pantas membuat aduan kepada pusat aduan parkir berkenaan. Hasilnya, pegawai yang bertugas menyatakan berlaku kesilapan teknikal pada mesin berkenaan dan cas sebenar hanyalah RM 12.

Beliau yang menjadikan perkara itu sebagai bahan gurauan, telah memuat naik video dan imej cas parkir berkenaan di laman Instagram milik beliau dan menariknya, video dan imej berkenaan pantas menjadi viral di laman-laman sosial.