Wanita Parah Kereta Jatuh Tingkat Tiga Kompleks Parkir

238
0
SHARE

GEORGETOWN: Seorang wanita parah selepas kereta yang dipandunya terjatuh dari tingkat tiga tempat letak kereta bertingkat di Taman Pekaka, dekat Gelugor, di sini tengah hari ini.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 12.30 tengahari, mangsa M Latchumani, 30-an, diselamatkan oleh orang awam yang terkejut mendengar bunyi dentuman kuat.

Jurucakap bomba berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberikan rawatan kecemasan awal oleh seorang doktor yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Katanya, kenderaan mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh tiang bangunan dan terjatuh dari tingkat tiga tempat letak kereta itu. “Kita mengeluarkan mangsa yang tersepit kira-kira 15 minit selepas tiba di lokasi kejadian.

Mangsa dalam keadaan kritikal kerana masih tidak sedarkan diri dan kini dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan,” katanya.

SHARE
Previous articleRokok Elektronik Vapor Dikhuatiri Penyebab Kanser
Next articlePenemuan Serpihan Pesawat Di Maldives Bukan Dari MH370 – Liow