Wanita Cuba Terjun Bangunan

397
0
SHARE

ALOR SETAR: Cubaan seorang wanita berusia 30-an cuba terjun dari tingkat tujuh bangunan Wisma Persekutuan di sini, pagi tadi, gagal apabila diselamatkan anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi, wanita itu yang dipercayai mengalami tekanan perasaan, naik ke tingkat tujuh menggunakan lif.

Menurut sumber, dia kemudian masuk ke dalam sebuah tandas sebelum cuba terjun melalui tingkat.

“Bagaimanapun perbuatannya disedari orang awam yang menghubungi bomba.

“Bomba dan JPAM yang tiba tidak lama kemudian, berjaya menyelamatkan wanita itu selepas hampir 10 minit memujuknya,” katanya.

SHARE
Previous article“UMNO Tak Akan Dibenarkan Terkubur Di Johor” – MB
Next articleSaya ‘Mendidih’ Bila Diserang – Najib