Wabak Anjing Gila: 2,140 Anjing Liar Dimusnahkan

175
0
SHARE

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,140 anjing liar dan terbiar dimusnahkan hingga Ahad lalu ekoran penularan wabak anjing gila.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu termasuk 1,604 anjing di Kedah, 293 di Perlis dan 243 di Pulau Pinang.

“Sejumlah 2,286 anjing sudah divaksinkan dan sebanyak 40 daripada 160 sampel yang diambil disahkan positif wabak itu,” katanya.