UFO Muncul Di Melaka?

266
0
SHARE

SEORANG pengguna Youtube, Alanj2007 Games memuat naik satu video yang dikatakan olehnya dua objek aneh di ruang udara Melaka.

UFO Di Melaka (video) Rakaman video berdurasi 20 saat itu memaparkan dua objek tersebut, satu di sebelah kiri dan satu lagi ditengah-tengah video terbabit.

Objek pertama dilihat mengeluarkan tiga cahaya hijau dan hanya terapung-apung diruang udara sebelum hilang.

Objek yang kedua pula dilihat mengeluarkan cahaya keputihan dan meluncur dengan laju sebelum hilang seolah-olah sedang menuju ke arah objek yang pertama.

Menurut kapsyen dari video tersebut, rakaman itu diambil ketika hujan lebat. Menurut Alan dia merakam video tersebut apabila terlihat sesuatu yang aneh di langit.

Alan juga turut memberitahu video tersebut diambil di melaka pada semalam dalam jam 4 – 5 petang. – NMP