Veteran BN Sertai Perjuangan Tun M Dalam Isu 1MDB

978
0
SHARE

PUTRAJAYA: Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini untuk bersuara menentang penahanan 2 individu yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu dalam kempen terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Antara yang hadir pada sidang media hari ini ialah Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Dr Mahathir sedang mengadakan sidang akhbar pada masa ini di Yayasan Kepimpinan Perdana berhubung nasib bekas setiausahanya, peguam Matthias Chang dan bekas pemimpin cawangan Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Kedua-dua individu itu didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan cubaan mensabotaj ekonomi, kewangan dan sistem perbankan Malaysia. – INSIDER