‘Vape’ Diharamkan Di Universiti Awam

59
0
SHARE

KANGAR: Rokok elektronik atau vape diharamkan di semua 20 universiti awam di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, keputusan bersama itu dibuat hasil persetujuan semua naib canselor universiti awam dalam mesyuarat pada Jumaat lalu.

“Keputusan ini wajar kerana kawasan kampus adalah kawasan hijau,” katanya selepas perasmian Sukan Inter-university ke-6, lapor Bernama.

Katanya, sebelum ini kementerian hanya mengharamkan rokok di kawasan kampus tetapi kini dipanjangkan kepada penggunaan vape.