‘Vape’ Bakal Diharamkan Di Kampus Universiti?

108
0
SHARE
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan penggunaan vape di kampus universiti.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata beliau sudah mendapat taklimat daripada pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam mengenai amalan vape yang bukan saja memberi kesan kesihatan tetapi juga sosial.

Katanya, kementerian melalui UKM akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai amalan vape itu yang kini menjadi budaya dalam kalangan pelajar universiti.

“Kajian ini akan mengambil masa kira-kira enam bulan dan hasilnya nanti akan saya bentangkan kepada Kabinet,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum dan Mesyuarat Meja Bulat Pegawai Jaminan Kualiti Muda ASEAN 2015 di sini, sebentar tadi.

Idris berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan Naib Canselor universiti mengenai perkara itu. – BH