UPSR Wajar Diganti Pentaksiran Berasaskan Sekolah – Mahdzir

121
0
SHARE

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) wajar diubah kepada sistem pentaksiran berasaskan sekolah.

Secara peribadi, beliau berkata, UPSR perlu diubah dan perkara ini pernah dibincang di peringkat kementerian tetapi terpaksa ditangguh.

“Benda ini perlu perlu masa yang panjang untuk terangkan kepada masyarakat. Kita tidak mahu kejar mengejar keterlampauan (persaingan yang melampau) kerana masih terlalu muda.

“Kita perlu duduk dengan semua pihak berkepentingan bagi mencari kaedah terbaik sebelum ia dilaksanakan,” katanya pada majlis perutusan tahun baharu 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.