Undi Tolak Bajet 2016 Hanya Sia-Sia – Wan Azizah

85
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Pembangkang tidak merancang untuk menolak undi Bajet 2016 yang dibuat pada Selasa.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, usaha menolak bajet akan hanya sia-sia jika dilakukan kerana tidak mempunyai jumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk melaksanakannya.

“Sebenarnya kami tidak bincang untuk tolak (Bajet 2016), lagi pun tidak ramai yang datang, kami jangka ia sia-sia sahaja, oleh itu kami fokus benda lain,” katanya yang juga presiden PKR kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Terdahulu, Bajet 2016 yang dibahaskan di peringkat jawatankuasa diluluskan Dewan Rakyat malam tadi tanpa sebarang undi penolakan daripada pembangkang.

Malah hanya 24 ahli parlimen pembangkang berada di Dewan Rakyat ketika undian dijalankan.