UMNO Tidak Bawa Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Najib

30
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Umno tidak akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan agung parti itu Disember depan, demikian menurut Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Syed Ali berkata, ini kerana mereka akan sentiasa menyokong kepimpinan Umno hari ini.

“Kenapa kita perlu berbincang? Kita tidak perlu berbincang tentang perkara ini. Mereka (pembangkang) adalah kumpulan yang tidak percaya…tapi kami tetap percaya.

“Sebab itu kita teruskan perjalanan kita dalam parti ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Kembara Ilmu Wilayah Persekutuan di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media sama ada usul berkenaan akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Umno yang akan datang.