UMNO Perlu Wujud Ramai ‘Keyboard Warriors’

223
0
SHARE

JOHOR BARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno perlu mewujudkan lebih ramai keyboard warrior bagi menangkis persepsi negatif terhadap parti di media sosial.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata perkara ini perlu memandangkan pembentukan minda masyarakat hari ini banyak bergantung kepada persepsi berbanding realiti.

Beliau menyifatkan penyebaran fitnah kini ‘di hujung jari’ disebabkan ruang siber menjadi medan perjuangan penting berbanding sebelum ini secara fizikal atau berhadapan.

Najib berkata Umno kini dalam kemelut kerana pihak pembangkang tahu bagaimana untuk memanipulasi medan baharu itu.

“Pembangkang tidak perlu buat banyak. Mereka cuma perlu timbulkan persepsi, keraguan dan persoalan. Tidak perlu deliver apa-apa.

“Mereka hanya perlu timbulkan persoalan di minda rakyat, yang cukup untuk menghakiskan kepercayaan kepada parti,” kata beliau ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, di sini hari ini.