UMNO Pagoh: Kami Bersama Muhyiddin

68
0
SHARE

JOHOR BAHRU: Umno Bahagian Pagoh akan mempertahankan ketuanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada apa-apa tindakan yang mungkin akan diambil dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu pada Jumaat.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, ia akan menjadi satu kehilangan besar untuk Johor jika bahagian ini kehilangan seorang pemimpin berpengaruh.

“Kami faham bahawa Umno kini milik eksklusif kepada Majlis Tertinggi dan suara-suara akar umbi tidak lagi relevan.

“Mereka boleh buat apa sahaja tetapi jangan lupa bahawa apa sahaja yang mereka lakukan sekarang, mereka akan dihukum oleh generasi akan datang,” kata Ismail kepadaThe Star pada Khamis.

Ismail berkata anggota bahagian itu masih sayangkan Umno kerana parti itu dilahirkan di Johor.

“Mereka yang berada dalam Majlis Tertinggi yang bukan dari Johor mungkin tidak sekuat kita dan kita akan berdiri bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

The Star melaporkan bahawa Muhyiddin akan mungkin digantung sebagai timbalan presiden pada hari Jumaat. – MSTAR