UMNO Kedah Elak Media, Kunci Mulut Isu Kemelut MB

4005
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi antara kempimpinan UMNO Kedah bersama Datuk Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan mesyuarat itu diadakan untuk membincangkan isu beberapa kepimpinan UMNO Kedah yang mahu menyingkirkan Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Najib selaku Presiden UMNO hadir lebih kurang jam 4 petang kelihatan meninggalkan PWTC jam 5.20 petang dengan kawalan ketat sehingga media sukar mendekati beliau.

Selain itu, para pengamal media yang hadir untuk membuat liputan turut kecewa kerana wakil UMNO Kedah yang hadir enggan mengulas tentang mensyuarat berkenaan.

Ada antara mereka yang cuba mengelak daripada media sehingga sanggup keluar ‘pintu belakang’ kerana tidak mahu memberi sebarang respon seolah-olah mahu ‘mengunci’ mulut.

Antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah; Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Maznah Hamid; Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

SHARE
Previous articleSaya Tak Buat Salah – Mukhriz
Next article“Siapa Jadi MB Bukan Isunya” – Ahmad Bashah