UMNO Boleh Bertahan Sebab Orang Kampung

258
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: UMNO adalah sebuah parti yang diharapkan boleh membela nasib orang Melayu terutama golongan pertengahan.

Perwakilan Melaka, Mustafa Musa berkata, ahli UMNO harus diingat bahawa kekuatan UMNO selama ini adalah disebabkan orang kampung yang terus menerus menyokong parti itu.

“Tuan-tuan dan puan-puan, saya nak bertanya dimanakah kekuatan UMNO? Kekuatan UMNO sebenarnya terletak kepada orang kampung.

“Orang kampung yang menyokong kita tuan-tuan dan puan-puan,” katanya ketika berucap membahas usul sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-69 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Beliau juga turut mengingatkan kempimpinan UMNO bahawa golongan elit tidak semua menyokong parti itu.

“Saudara sekalian, jika kita tengok dirumah-rumah usang ada gambar Perdana Menteri, tapi dirumah orang kaya tidak ada.
“Orang Melayu masih merintih, sedangkan menteri juga Melayu,” katanya.

Mustafa berkata, UMNO perlu merasai naluri orang kampung.

“Kalau bukan kerana orang kampung kita tidak akan memerintah, kalau letakkan sesiapa pun di kampung, 60 peratus pengundi adalah Melayu.

“Orang kampung setia kepada parti, cuba letakkan (pilihan raya) orang kita (calon UMNO), (pembangkang) hilang wang pertaruhan,” katanya.

SHARE
Previous articlePembetulan Dalam UMNO Harus Dimulakan – Zahid
Next articlePerwakilan Minta Muhyiddin-Najib Berdamai