Ucapan Perasmian Najib Jelas Isu 1MDB, Derma Politik

163
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyampaikan ucapan perasmian yang bersifat tegas bagi menjelaskan beberapa isu yang hangat diperkatakan ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno, Khamis.

Berdasarkan kritikan dan persoalan yang ditimbulkan berkaitan kepimpinannya di kalangan dalaman parti sendiri, Perdana Menteri dikatakan telah bersedia untuk menjelaskan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang sumbangan RM2.6 bilion yang disalurkan dalam akaun beliau.

Menerusi taklimat yang disampaikannya kepada perwakilan parti pada Isnin, Najib secara terbuka menjelaskan isu yang menghimpit kepimpinannya.

Bersama Najib di pentas kepimpinan tertinggi Umno adalah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selain itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang duduk di barisan hadapan jemputan di hadapan pentas perasmian.

Beliau tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 8.45 pagi untuk memulakan acara menaikkan bendera sebagai tanda bermulanya perhimpunan tahunan parti itu.

Perhimpunan tiga hari itu akan berakhir Sabtu akan membahaskan usul ucapan Presiden, ekonomi, agama dan pendidikan.

SHARE
Previous articlePerhimpunan UMNO 2015 Bermula
Next articleSaya Tidak Akan Sesekali Menyerah Kalah – Najib