Tweet Rasis Kononnya Dari Saya Adalah Palsu – Tony Pua

31
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengecam imej satu tweet rasis, kononnya daripadanya, yang telah tersebar di WhatsApp semalam.

“Imej satu tweet rasis palsu yang kononnya dibuat oleh saya yang beredar secara meluas melalui Whatsapp adalah kerja amatur samseng,” kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Imej itu, katanya, diedarkan terutamanya di kalangan masyarakat India.

Imej tweet dalam bahasa Inggeris itu berbunyi: “The Indians really behave like thugs and act like pariah! I will not be threathen by them!”.

Pua berkata, dia tidak pernah menggunakan perkataan ‘pariah’ untuk menggambarkan sesiapa pun dan beliau tidak percaya orang India berkelakuan seperti samseng.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau tidak akan tersalah mengeja perkataan “threaten” dan ia adalah satu kesilapan tatabahasa yang ketara, kerana is seharusnya dieja “threatened”.

Satu lagi petanda yang jelas bahawa imej itu palsu ialah ‘time stamps’ telah dibuang dari tweet itu, katanya.

Samseng sebenarnya, kata Pua, adalah mereka – tanpa mengira kaum – yang memalsukan tweet itu dan kemudian mengedarnya.

Imej tweet itu, tambahnya, jelas dibuat untuk “membakar sentimen perkauman” terhadapnya.

“Saya tidak tahu siapa yang mereka dan menyebarkan imej di atas untuk memfitnah saya.

“Bagaimanapun, ia tidak akan dalam apa jua cara pun menghalang saya daripada menjalankan tugas saya untuk berkhidmat kepada pengundi saya dan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan, tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya. – MKINI

SHARE
Previous article“Sebagai Anak Tok Guru, Saya Reda” – Muhyiddin
Next articleMansuh GST Kad ‘Top-Up’ – Khairy