Tunisia Isytihar Darurat, Perintah Berkurung

52
0
SHARE

TUNIS: Presiden Tunisia, Caid Essebsi mengisytiharkan darurat dan perintah berkurung selepas serangan bom yang menyasarkan bas pengawal keselamatannya hingga mengakibatkan 12 terkorban.

Sumber keselamatan di lokasi kejadian berkata, kebanyakan ejen keselamatan dalam bas itu meninggal dunia.

Setakat ini, tiada pihak yang mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan bom yang turut mencederakan 20 penumpang bas dalam kejadian di Mohamed V Avenue itu.

Essebsi yang membatalkan lawatannya ke Switzerland mengisytiharkan darurat di seluruh negara itu dan perintah berkurung di ibu negaranya.

“Susulan tragedi ini, saya isytiharkan darurat selama 30 hari dan tempoh perintah berkurung sekitar Tunis dari pukul 9 malam hingga 5 pagi,” katanya ringkas.

Jurucakap Presiden, Moez Sinaoui memberitahu AFP, perintah berkurung akan diteruskan sehingga mendapat arahan terbaharu pihak keselamatan.

Saksi kejadian yang juga seorang pegawai bank berkata, letupan kuat kedengaran sebelum bas itu terbakar.

Pengarah Festival Filem Carthage, Brahim Letaief membatalkan tayangan pada sebelah malam dan berharap ia dapat diteruskan keesokannya.

Perdana Menteri, Habib Essid dan Menteri Dalam Negeri, Najem Gharsalli turut ke lokasi kejadian.

SHARE
Previous articleKesal Menu ‘Scissors Salad’ Dalam Majlis Makan Malam Parlimen – Timbalan Speaker
Next articleUMNO Kini Tidak Lagi Ikut Tradisi – Ku Li