Tun M Tinjau Bersih 4.0

182
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Peserta Bersih 4.0 dikejutkan dengan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka bagi meninjau suasana perhimpunan gergasi tersebut.

Bekas perdana menteri itu dilihat tiba dengan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Dataran Merdeka kira-kira pukul 7.25 malam Sabtu.

Beliau tidak bercakap kepada pihak media.

Sebaliknya beliau hanya bersalaman dan mengambil gambar dengan peserta Bersih 4.0 yang mengerumuninya.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu dilihat meninggalkan Dataran Merdeka kira-kira 5 minit kemudian.

 

SHARE
Previous articlePemimpin UMNO Perlu Kembali Ke Pangkal Jalan – Tun M
Next articleJangan Terpengaruh Agenda Pembangkang – Ismail Sabri