Tun M Tak Bersih Tapi Licik – Nik Abduh

967
0
SHARE

KUALA LUMPUR – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang ‘licik’ kerana menafikan tuduhan bahawa beliau pernah memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya untuk kegunaan pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Dr Mahathir tidak boleh membersihkan nama beliau dengan membuat penafian kerana ketika pentadbiranya politik wang bermula.

“Tun Mahathir tak boleh bersihkan dirinya bahawa beliau tidak pernah guna akaun peribadi untuk wang biaya politik. Itu licik, bukan bersih namanya.

“Pada zamannyalah politik wang bermula dan begitu berleluasa,” tulisnya di akaun Facebooknya.

Tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu, politik wang yang dilakukan Najib ketika ini hanyalah budaya yang dibawa ketika pemerintahan Dr Mahathir, malah perkara tersebut dilihat sukar diubah kecuali kerajaan Barisan Nasional (BN) ditukar.

“Najib hanya mewarisi budaya lama yang tak boleh dibaiki lagi kecuali ganti BN. Sebelum BN bungkus, ‘bungkus’ dulu untuk peribadi masing-masing,” katanya.