Tun M Sudah Masuk Perangkap DAP – Bung Mokhtar

172
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan sudah terkena perangkap DAP, apabila beliau turun menyertai perhimpunan Bersih 4.0.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya bersekongkol dengan parti pembangkang terutamanya DAP yang beliau sendiri tentang sebelum ini.

“Tun Mahathir sudah termasuk dalam perangkap DAP. Kalaupun hasrat Tun Mahathir nak turunkan Najib selaku Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak seharusnya meletakkan diri dalam kumpulan yang dia kritik dahulu.

“Pada saya penyertaan Tun Mahathir dalam Bersih, pada waktu dan tempat yang salah,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, penganjuran Bersih juga merupakan agenda perkauman yang sengaja dilakukan DAP.

“Kita lihat bagaimana kehadiran Bersih 4.0, seolah-oleh agenda DAP dengan perkuman Cinanya,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan wujudnya demonstarasi anjuran orang Melayu sebagai usaha membalas dendam terhadap tindakan DAP.

“Saya percaya akan ada perarakan yang sama pula dibuat oleh orang Melayu untuk membalas tindakan DAP.

“Kalau ini berlaku jangan salahkan UMNO dan melayu pula,” katanya. – FMT