Tun M Sedia Sumpah Bersaksikan Al-Quran Jika Diminta

436
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Selepas menggesa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengangkat sumpah bersaksikan Al-Quran, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan kesediaan melakukan perkara sama sekiranya diminta berbuat demikian.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau akan melaksanakannya jika ada pihak menganggap kenyataan yang dikeluarkannya berunsur fitnah atau tidak betul.

“Kalau apa yang saya kata itu disangka fitnah atau tidak betul, suruh saya sumpah, saya kena sumpah lah.

“Kalau saya suruh orang sumpah, saya pun mesti bersedia bersumpah, dengan niat yang betul, bukan niat lain, sumpah lain,” katanya. – INSIDER