Tun M Punca Mukhriz Tersingkir – Nazri Aziz

2306
1
SHARE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang menyebabkan anaknya digugurkan daripada jawatan menteri besar Kedah.

Katanya, kerana itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini dianggap sebagai satu “kegagalan politik”.

“Beliau digugurkan sebelum sempat selesaikan penggalnya.

“Orang biasanya meninggalkan jawatan mereka untuk kedudukan lebih tinggi, tapi dalam kesnya, beliau digugurkan, dan ini jelas memalukan keluarga Dr Mahathir,” kata Nazri kepada wartawan di Kuala Lumpur, hari ini.

Nazri berkata ia tentu lebih mengecewakan bekas perdana menteri itu kerana tiada sebarang akibat buruk yang timbul kesan daripada anaknya digugurkan.

“Tidak ada demonstrasi besar-besaran, jadi beliau kecewa.

“Sebab itu beliau gesa orang ramai berdemonstrasi kerana tidak ada sesiapa nampaknya kisah yang anaknya digugurkan.”

Beliau berkata, tidak ada menteri besar yang digugurkan tanpa alasan, dan Mukhriz terpaksa berundur kerana beliau gagal. – INSIDER

  • Miranda

    Bila nazri berbicara tentang ‘malu’, aku sesungguhnya malu