Tun M Pilihan Terbaik Untuk Rakyat – Azmin

8
0
SHARE

GOMBAK: Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pilihan terbaik dari gabungan itu untuk menyandang jawatan perdana menteri, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

“Sekiranya kita dapat meyakinkan rakyat untuk menerima (calon PM berusia) 93 tahun, kenapa tidak? Kami (HARAPAN) demokratik.

“Kita bukan paksa rakyat untuk terima. Kami tidak berada di sini untuk memaksa rakyat untuk menerima (Mahathir) tetapi kami menawarkan (ini) adalah pilihan terbaik yang boleh kami tawarkan,” katanya kepada pemberita di Gombak petang ini.

Azmin, yang merupakan timbalan presiden PKR, ditanya berulang kali berhubung keputusan HARAPAN mencalonkan pemimpin yang telah berusia itu di sebalik gesaan agar pemimpin lebih muda menerajui negara.

“Saya bukan orang muda (juga), saya berusia 53 tahun. Maksud saya adalah ini hanya cadangan HARAPAN,” kata Azmin sambil menambah rakyat juga harus melihat deklarasi HARAPAN yang lain.