Tun M, Muhyiddin Tandatangan Deklarasi ‘Selamatkan Malaysia’ Bersama Pembangkang

2124
0
SHARE

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Hari ini menjadi satu lagi detik sejarah apabila buat pertama kali Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media bersama pemimpin pembangkang.

Ia bertujuan menyatakan deklarasi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dinamakan Selamatkan Malaysia.

Dalam sidang media itu juga Mahathir yang juga bekas Presiden Umno bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani deklarasi berkenaan bersama pemimpin pembangkang yang lain antaranya Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali.

Pada majlis itu juga turut menandatangan deklarasi Selamatkan.Malaysia ialah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Tun Ling Liong Sik.

Majlis berkenaan diadakan di Bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya.