Tun M Keluar UMNO

1017
0
SHARE

Oleh: Shaiful Nizam

PUTRAJAYA: Mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi bertindak keluar parti berikutan perkembangan terbaru dalaman UMNO yang menggantung Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

“Dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa saya dan isteri saya tidak lagi menjadi ahli UMNO atau Pekembar,” jelas Dr Mahathir dalam sidang media khasnya di Yayasan Kepimpinan Perdana sebentar tadi.

“Sebabnya ialah oleh kerana UMNO sebagai parti politik sudah tidak wujud lagi. Pertubuhan ini sudah dirampas oleh Dato’ Seri Najib dan menjadikannya Parti Najib,” sambungnya sambil menolak dakwaan beliau bakal menubuhkan parti baharu atau menyertai parti pembangkang.

Dr Mahathir dalam kenyataan medianya mengulangi lagi dakwaan skandal derma RM2.6 bilion dan pengurusan hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion.

“Saya berasa amat malu kerana peralihan parti UMNO yang begitu berjasa kepada bangsa dan negara menjadi Parti Najib yang penuh dengan skandal.”