Tun M Dan ‘Orang Dalam’ Jadikan 1MDB Kontroversi – Arul Kanda

259
0
SHARE

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dikatakan antara punca yang menyumbang kepada kontroversi syarikat pelaburan negara, 1MDB.

Turut dikaitkan, mereka yang pernah berada dalam kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden 1MDB, Arul Kanda mendakwa, sejak tahun 2010 Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah mula membangkitkan isu mengenai 1MDB tetapi tidak ada orang yang menumpukan perhatian isu yang ditimbulkannya.

“Isu yang paling besar, seperti yang anda semua sedia maklum, adalah ketika Dr Mahathir mendakwa RM42 bilion hilang.

“Apabila Dr Mahathir dan mereka yang sebelum ini pernah berada dalam kerajaan mula mengkritik, perkara ini menjadi bertambah besar dan semakin kontroversi,” katanya pada sidang media.

Menurutnya, terdapat pelbagai faktor yang berlaku dari semasa ke semasa menambahkan lagi sensasi itu.

“Kontroversi 1MDB memang sentiasa ada, sejak hari pertama (tahun 2010).Pua telah membawa satu demi satu isu mengenai 1MDB tetapi tiada siapa yang benar-benar memberi perhatian padanya sehingga Dr Mahathir masuk campur.

“Selepas itu Pua mencabar saya dan mahu saya bertindak balas,” jelasnya. – FMT