Tun M Bersikap Terbuka Mengenai Kerjasama UMNO-PAS

143
0
SHARE
PUTRAJAYA: Kerjasama politik yang berpotensi terjalin antara Umno dan PAS tidak membimbangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, apa yang membimbangkan beliau adalah kepimpinan parti itu pada ketika ini.

Ketika diminta mengulas mengenai pertemuan antara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Mahathir sebaliknya memilih untuk mengkritik kepimpinan Najib.

“Kita akan menyukainya apabila terdapat kerjasama antara Umno dan PAS tetapi masalah sekarang adalah kepimpinan Najib,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Serantau Muslim Pelbagai Kaum anjuran Perkim.

Najib berkongsi pentas yang sama dengan presiden PAS dalam satu persidangan mengenai perpaduan Islam di Kuala Lumpur pada Khamis.

Presiden Umno itu duduk bersebelahan dengan Abdul Hadi pada majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di ibu negara.