Tukar Kerajaan Mesti Dilakukan Di Parlimen – Hanif Omar

245
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Terdapat jalan untuk menukar kerajaan tetapi ia mesti dilakukan dengan cara yang betul, kata bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar.

“Dapatkan wakil-wakil anda untuk mengundi di Parlimen jika anda mahu menukar kerajaan anda. Jika tidak, ia adalah anarki,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Trend mengadakan protes bantahan dan perhimpunan merupakan pergerakan yang boleh diramalkan di Malaysia, menurut Hanif.

“Kita perlukan suara perbezaan pendapat tetapi ada keterbatasan kuasa seperti Akta Hasutan,” kata Hanif.

Beliau menekankan bahawa hak rakyat seperti yang ditulis dalam Perlembagaan menjadi sebahagian daripada proses demokrasi.

Walau bagaimanapun, Hanif berkata melainkan jika Parlimen menyekat hak rakyat untuk mengadakan protes dan himpunan, adalah tidak salah untuk melakukannya.
“Tidak ada perjuangan hidup dan mati. Tiada perjuangan dengan komunis. Mengapa tidak mengamalkan lebih keterbukaan dan proses demokrasi?” katanya.
Hanif berkata kerajaan telah bersikap terbuka dengan membolehkan sebarang progres demokratik seperti pemansuhan Seksyen 27 Akta Polis 1967 yang memerlukan orang ramai mendapatkan permit polis sebelum perhimpunan.
Mengenai pemindahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM) , Hanif berkata kerajaan telah melakukannya mengikut undang-undang tetapi tidak dibuat dengan cara yang betul.
“Dalam masyarakat demokratik, persepsi adalah penting dan kerajaan memberi tanggapan yang salah kerana cara ia dilakukan,” katanya.

Beliau juga berkata pegawai-pegawai SPRM juga tertakluk kepada siasatan walaupun mereka adalah suruhanjaya khas.