Tujuh individu Ditahan Polis Disyaki Pengganas

492
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tujuh individu disyaki terlibat dalam Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) ditahan di seluruh negara dilakukan bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM berkata, kesemua suspek yang ditahan di antara 22 hingga 24 Januari adalah anggota sel sama yang bertanggungjawab merancang untuk melancarkan serangan keganasan di lokasi strategik di seluruh negara.

Dalam 1 kenyataan hari ini, PDRM berkata, seorang daripada suspek menerima arahan daripada Muhammad Wanndy Mohamed [email protected] Hamzah, seorang warganegara Malaysia yang menyertai Isis di Syria.

Tangkapan suspek yang berusia antara 26 hingga 50 tahun itu dilakukan di beberapa lokasi di seluruh negara termasuklah Kedah, Johor, Pahang, Kuala Lumpur, dan Selangor.

Tangkapan berkenaan adalah susulan daripada tangkapan seorang suspek di Ampang di Kuala Lumpur pada 15 Januari lalu.

Antara barang rampasan termasuklah 30 butir peluru pelbagai jenis, buku jihad, bendera dan video propaganda Isis.

Dalam tangkapan itu, 2 suspek ditahan di Johor, dengan masing-masing bekerja sebagai penolong pengurus bahagian “housekeeping” di sebuah hotel dan penyelia stor kilang.

Manakala suspek di Kedah bekerja sebagai penjual cendol yang mengumpul dana bagi membiayai operasi Isis di Malaysia, dan suspek ke-2 di Kedah merupakan pembantunya.

Manakala 3 suspek lagi masing-masing ditahan di Gombak, Kuala Lumpur dan Pahang, dengan masing-masing merupakan pembantu makmal, jurupasang GPS, dan pengawal keselamatan.

Kesemua suspek yang ditahan di bawah Kanun Keseksaan dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.

SHARE
Previous articleRestoran Popular Nafi Hidang Stik Berharga Hampir RM20,000 Di Rumah PM
Next articleDua Pakar Kaji Serpihan Didakwa Milik MH370 Di Selatan Thai