Trump Hancurkan Kredibiliti AS – Palestin

5
0
SHARE

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump telah memusnahkan kredibiliti negaranya sebagai pihak yang membawa keamanan di Timur Tengah.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata demikian menerusi televisyen sambil menegaskan keputusan Trump itu adalah untuk mencetuskan konflik di rantau itu kepada perang agama.

“Langkah-langkah ini, yang kami tolak dan enggan terima, mencipta kekangan yang sengaja diadakan terhadap semua usaha ke arah mewujudkan keamanan.

“Ia juga mencerminkan penarikan diri Amerika Syarikat dari peranan yang telah dipegangnya pada masa lalu dalam mengawasi proses perdamaian,” kata Abbas.