Trespassed, Filem Arahan Pengarah Malaysia Menang Di New York

108
0
SHARE
KUALA LUMPUR: Filem Trespassed arahan pengarah Malaysia, Ho Yuhang, dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Anugerah Emerging Voices 2015, yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat, pagi tadi.
Filem berkenaan menewaskan filem Kush dari India, Endless Nameless (Thailand) dan The Sea (China). Majlis penganugerahan yang dianjurkan oleh The Financial Times dan Oppenheimer Funds itu menerima lebih 800 penyertaan daripada 65 negara di seluruh dunia.
Dengan kejayaan itu, Yuhang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$40,000 (RM174,377). Trespassed sebuah filem mengenai seorang gadis pesakit mental yang dirasuk oleh semangat dan roh bapanya yang hilang secara misteri. Ibunya yang penyayang mencuba untuk melindunginya daripada terus memusnahkan dirinya.
Yuhang dalam laman web, Financial Times memberitahu filem itu dibikin serba sedikit daripada kisah adik beradiknya sendiri.
“Dia sudah meninggal dunia selepas lama sakit. Ibu sayalah yang menjaganya sehingga dia meninggal dunia. Doktor sendiri tidak tahu apa punca penyakitnya. Dia memang dilahirnya cacat mental,” katanya.
SHARE
Previous articleIntegriti Penting Jayakan Transformasi
Next articleTPP: Kerajaan Perlu Tepati Janji – Amanah