Tragedi Maahad Tahfiz: Waris Setia Menanti

17
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Hujan renyai dan suasana pilu menyelubungi Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, pagi ini.

Keluarga dan kenalan terus setia menanti walaupun sudah dimaklumkan proses pengesahan DNA semua 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat dijangka selesai pada jam 3.30 petang hari ini.

Beberapa waris dan ahli keluarga mangsa dilihat tiba di perkarangan unit forensik HKL seawal jam 8 pagi.

Ketika ini, semua waris terdekat sudah menyerahkan DNA masing-masing bagi membantu proses pengesahan berkenaan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, kecuali bagi waris yang memohon untuk melakukannya di kawasan masing-masing.