Tragedi Maahad Tahfiz: Mangsa Terselamat Dikawal Polis, Tentera

46
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kesemua mangsa yang terselamat dalam tragedi kebakaran Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah difahamkan kini ditempatkan disatu lokasi ‘rahsia’ yang dikawal ketat di Keramat.

Menurut sumber memaklumkan kepada Sinar Online, kesemua mereka kini turut ‘dijaga’ oleh tentera dan polis.

“Hanya ahli keluarga mereka sahaja yang dibenarkan membuat lawatan dan mengunjungi mereka.

“Pihak-pihak lain yang tiada kaitan tidak dibenarkan,” katanya yang enggan mendedahkan namanya.

Katanya, perkara itu dilakukan bagi memastikan kesemua pelajar berkenaan, tidak ‘didekati’ bagi memastikan mereka dapat melupakan buat seketika tragedi yang menimpa.

Pagi Sabtu, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Zahid Mahmud memaklumkan bahawa, kesemua mangsa ditempatkan di sebuah lokasi yang tidak diketahui bagi melindungi mereka daripada diganggu dan didekati pihak tidak bertanggungjawab.

“Kesemua mangsa yang selamat tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana kami menerima arahan untuk menempatkan kesemua mereka ditempatkan di sebuah lokasi yang dirahsiakan,” katanya. – MSTAR