TPPA: Tubuh Jawatankuasa Khas Dulu – Ong Kian Ming

145
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau implementasi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bagi tempoh dua tahun sebelum pelaksanaannya bagi memastikan proses tersebut telus dan terbuka cadang Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming.

Beliau kemudian menggariskan tiga alasan keperluan menubuhkan jawatankuasa itu kepada Dewan Rakyat.

“Pertama, untuk menyelia dan memantau sekurang-kurangnya 26 pemindaan untuk 17 akta yang mesti dipinda untuk membolehkan Malaysia mematuhi syarat-syarat yang termaktub dalam TPP.

“Kedua, untuk memantau perubahan dari segi prosedur dan piawaian yang akan dilaksanakan untuk mematuhi syarat-syarat TPP.

“Ketiga, untuk memastikan proses ‘certification’ yang akan dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) dilakukan secara telus,” hujahnya ketika membahaskan usul TPPA di Dewan Rakyat.

Dalam ulasan lanjutnya Kian Ming menegaskan jawatankuasa itu perlu diberikan kuasa untuk menghentikan penyertaan Malaysia dalam TPPA sekiranya badan tersebut mendapati proses implementasinya tidak telus.