TPPA Perbaiki Tadbir Urus Negara

135
0
SHARE

KUALA LUMPUR: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) telah melancarkan hasil kajian terbaru bertajuk “Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA): Pemangkin Pembaharuan Tadbir Urus Negara” untuk melobi ahli parlimen yang bersidang hari ini dan esok untuk menyokong perjanjian perdagangan antarabangsa itu.

“TPPA adalah satu peluang yang sangat berharga untuk Malaysia bagi menangani kelemahan tadbir urus seperti masalah rasuah dan sistem perolehan kerajaan yang masih belum sempurna.

“Tatkala kemahuan politik untuk menjadi lebih baik kini semakin lemah, TPPA boleh menjadi pemangkin penting untuk memastikan negara kita kembali ke landasan yang sewajarnya,” kata Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan mengenai faedah-faedah tambahan dalam sosio-politik.

Tambahnya lagi, kajian tersebut mendapati bahawa TPPA memberikan kesan positifnya untuk menjadi pemangkin dalam bidang memperkukuhkan sistem anti-rasuah, mempertingkatkan tadbir urus dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), menggalakkan kerajaan untuk meningkatkan akauntabiliti dan memastikan sistem perolehan yang lebih telus.

“TPPA adalah satu langkah ke arah yang betul untuk memastikan usaha prnambahbaikan tadbir urus negara akan terus berjalan,” petik kenyataan media Wan Saiful yang diedarkan di lobi parlimen.