TPPA: Malaysia Tidak Akan Dijajah Amerika

83
0
SHARE

Oleh: MySuara

KUALA LUMPUR: Ketika menjelaskan kontroversi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Datuk Seri Mustapa Mohamed sekali lagi mengulangi pendirian betapa bahawa ia diperlukan dan Malaysia perlu menjadi sebahagian daripada perjanjian itu samada hari ini, atau pada masa akan datang.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjadi kontroversi kerana mempunyai skop yang terlalu luas, bagaimanapun, kepentingan rakyat terus terpelihara.

Menyentuh kebimbangan Malaysia akan dijajah Amerika Syarikat (AS), Mustapa berkata perkara itu tidak akan berlaku kerana pelaburan Malaysia di luar negara adalah lebih banyak berbanding pelaburan asing di negara ini.

“Pelaburan luar negara Malaysia di luar negara berjumlah sekitar RM522 bilion, lebih daripada pelaburan asing di negara ini iaitu RM477 bilion pada Q2 2015.

“Kewujudan syarikat dan profesional Malaysia di luar negara tidak bermakna kita menjajah negara-negara,” katanya pada sesi taklimat TPPA yang diadakan di PWTC, pagi tadi.