Tony Pua Tarik Diri Debat 1MDB

430
0
SHARE

KUALA LUMPUR: DAP mengumumkan Tony Pua menarik diri daripada berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysian Development Bhd (1MDB) dan akan digantikan oleh wakil pembangkang yang lain.

Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, berkata keputusan itu dibuat kerana tidak mahu mengorbankan keahlian PAC yang disandang oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu jika menyertai debat berkenaan.

Katanya, keahlian PAC adalah lebih penting daripada debat berkenaan dan DAP tidak sanggup kehilangan kedudukan di dalam PAC.

“Siapa pengganti Pua akan ditentukan pada mesyuarat sekretariat Pakatan Harapan petang ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, sebentar tadi.