Tony Pua Hanya Tahu Cakap Besar – Bung Mokhtar

87
0
SHARE

PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang dinasihatkan supaya berhenti cakap besar dan menumpukan usaha membantu rakyat seperti yang telah dijanjikan.

Nasihat itu diberikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin yang merujuk kepada sikap Ahli Parlimen Petaling Utara, Tony Pua yang didkwanya suka cakap besar dan berdolak-dalih.

Beliau mendakwa, Tony Pua hanya pandai cakap besar dengan membuat pendedahan-pendedahan berhubung isu 1MDB tetapi tidak berani apabila dicabar.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, pemimpin DAP itu telah mencabar Arul Kanda untuk berdebat dan tiba masanya dia menyahut cabaran itu supaya rakyat tahu cerita sebenar.

“Tony Pua suka berdolak dalih. Saya setuju Arul Kanda menerima cabaran tersebut (Tony Pua) dengan syarat dia kena letak jawatan dari PAC bagi menggelak jawatankuasa bebas itu terlibat secara langsung kerana PAC adalah badan yang diiktiraf kerajaan untuk menyiasat dan mengaudit 1MDB.

“Pemimpin pembangkang (Tony Pua) jangan hanya tahu bercakap besar tetapi perlu berani menegakkan kata-kata mereka. Kata mesti dikota, biar rakyat tahu perkara sebenar dan biarlah kes 1MDB ini selesai dengan pengetahuan rakyat,” katanya ketika dihubungi FMT.

Arul Kanda telah menerima cabaran Tony Pua untuk berdebat secara langsung mengenai isu 1MDB dengan syarat Setiausaha Publisiti DAP itu meletak jawatan dalam PAC terlebih dahulu. – FMT