Tony Pua Dihalau Keluar Dari Sarawak

582
0
SHARE

MIRI: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dihantar pulang dari Sarawak hari ini, kira-kira enam jam selepas beliau tiba dan melepasi imigresen di Lapangan Terbang Miri.

Pua dibawa tiga pegawai Jabatan Imigresen Sarawak semasa sedang makan tengahari di Lutong, Miri.

Salah satu daripada pegawai imigresen tersebut memberitahu Pua beliau diberi arahan untuk menjemputnya dan mengiringinya ke lapangan terbang, dan akan menghantarnya menggunakan penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur.