Tokoh Veteran Kemerdekaan Meninggal Dunia

34
0
SHARE

SEREMBAN: Pejuang veteran kemerdekaan, Datuk Siti Rahmah Kassim, 91, meninggal dunia akibat sakit tua di rumah anaknya di Kelana Jaya, Selangor pagi tadi.

Anak kedua Allahyarhamah, Prof Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub, berkata ibunya meninggal dunia pada jam 10.55 pagi.

Katanya, keadaan kesihatan ibunya tidak menentu sejak tiga bulan lalu dan hanya mampu berbaring.

“Sepanjang minggu ini, kesihatan ibu merosot dan keadaannya semakin lemah.

Ibu menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anaknya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rohaty berkata, ibunya yang berasal dari Kampung Batu Hampar, Rembau, tidak pernah berhenti bercakap mengenai isu semasa politik negara hingga ke akhir hayatnya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara jam 5.30 petang ini, selepas solat jenazah di Masjid Al Hidayah Kelana Jaya.

Allahyarhamah adalah wanita pertama menyerahkan gelang emas kesayangan pemberian bapanya untuk membiayai perjalanan Tunku Abdul Rahman ke London dalam misi menuntut kemerdekaan.

SHARE
Previous articleAnggota Polis Sempat Bergambar 45 Minit Sebelum Mati Ditikam Pengganas
Next articleKONVENITA 2017 Platform Wanita Cebur Bidang Keusahawanan